Friday, March 30, 2012

http://www.facebook.com/pages/We-Love-CATS-forever/320850747939457

Doa Jatuh Cinta

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Hafiizh..!
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..!
Jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA

Ya Baarii…,
jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….

Ya Jaami’u…,
jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu…

Ya Khobiiru…,
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…

Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Aziizu…,
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke
pada Mu….

Ya Haadiy…,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta-
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Ya ‘Aliimu…,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu,
yang tidak pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Semoga Doa ini bermanfaat untuk anda yang sudah Rindu pendamping Hidup..
Jangan Lupa selalu memohon kepada Allah SWT

Thursday, March 29, 2012

Wear it Right!!!

dunia adalah perhiasan..seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah..hiasilah dirimu wanita dgn tudung..tudung yg mencukupi syarat2 menjadi muslimah solehah..

Allah is calling

”Selama ini kita selalu kecewa & patah hati apabila kehilangan atau jauh dari perkara2 fana yg dicintai. Sering meminta2 kpd Allah segala perkara dunia, rezeki, harta, anak-pinak, kesihatan, pangkat & jawatan. Tapi… pernahkah kita menangis & merayu untuk mendapat cinta-Nya? Pernahkah kita berasa sedih apabila jauh dari-Nya, hilang perhatian & kasih sayang-Nya? Usahlah memandang remeh kepada kecilnya kelalaianmu, takutilah kepada besarnya Keagungan yang telah kau ingkari. Jadikanlah Allah tujuan tertinggi hidupmu, nescaya segala langkah kehidupanmu akan selalu berada dlm bimbingan-Nya, segala perbuatanmu menjadi tasbih & pengabdianmu kpd Allah…”

Tarbiyah Diri :)

Dalam kita melangkah, kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..
Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Dia mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, agar kita kuat semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
Biarkan diri derita, agar ku tahu kepahitan derita ini,
agar ku sedar kesengsaraan ini, tak semua bahkan secebis daripada penderitaan Rasulullah..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..
Tapi, manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri..

Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda..
Kerana mungkin, Allah merindui rintihan suara hamba-Nya.. :)
Bahagia itu anugerah..
Derita itu tarbiyah..

Foreverrr..!

http://www.facebook.com/pages/We-Love-CATS-forever/320850747939457

We Love Cats Forever...

Bg mkn kucing pun dikira satu amal kebaikan..ianya akan dikira dalam buka catitan amal kebaikan kita diakhirat nanti...apatah lagi beri makan kepada fakir miskin, anak yatim dan sesiapa sahaja...mari lah bersedekah...yang pastinya dgn bersedeqah membuka keberkatan kepada pintu rezeki kita bukan berkurangan...

wallahua'alam..

ADAM & HAWA

Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.

Republic Islam

Assalamualaikum. Hati-hati jika beli Al-Quran cetakan terbaru, ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah surah iaitu: 1. Al - Iman 2. Al - Wasaya 3. Al - Tasajud 4. Al-Muslimin jangan buka sites the QUR'AN kerana isinya palsu. Sebarkan informasi ini ke umat MUHAMMAD SAW & kerana Allah akan menggantinya berlipat-lipat ganda, dan tapi jika kamu berhenti, bererti kamu tidak peduli dengan ISLAM. COPY PASTE THIS AS YOUR STATUS, SO THAT ALL MUSLIMS KNOW ABOUT IT!~ copy & paste je. Tak susah mana pon. Tolong sebarkan. Waalllahualam , only Allah knows the truth...

sleeq ft najwa latif-untuk dia (lirik)